Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut maklumat terbaru, rejim Saudi melatih dan mengirim pengganas Wahabi dengan kerjasama ejen Zionis.
Ketika raja Arab Saudi menetapkan undang-undang baru menghukum sesiapa sahaja yang terlibat dalam peperangan di Syria, beberapa laporan menunjukkan rejim Arab Saudi masih menyalurkan bantuan dana, latihan militan dan persenjataan kepada pengganas Wahabi dari berbagai negara bagi mengirim mereka ke Syria.
Berdasarkan beberapa laporan dalam laman web Al-Jauf (الجوف) yang berpengkalan di Arab Saudi, pegawai Zionis bernama Ibrahim Wilson yang berasal dari Ireland telah melatih 1400 anggota pengganas Wahabi dari negara Syria, Jordan, Libya, Arab Saudi, Chechnya, Bosnia, Madagaskar, Tunisia dan Lubnan. Menurut laporan tersebut, kumpulan pengganas tersebut telah dikirim ke Syria melalui sempadan Jordan.
Selain itu, laman sesawang Asia News melaporkan kumpulan pertama pimpinan Sa'id Al-Juffali yang terkenal sebagai Abu Walid Al-Juffali telah memasuki Homa melalui Jordan. Kumpulan kedua pula yang bergelar al-Mohisni berjumlah lebih dari 600 orang telah menyusup ke Syria dari Jordan di mana setiap anggota pengganas tersebut berkemampuan menjadi pemimpin mana-mana kumpulan.
Laporan turut menyatakan bahawa Salman bin Sultan, kerabat diraja Saudi telah menyalurkan dana dan membiayai latihan militan kepada pengganas Wahabi yang berasai dari Arab Saudi.
9 Februari 2014 - 20:30
News ID: 504758